Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangkaRossem sudah tidak asing lagi bagi dunia kartun
Malaysia. Hari ini karya beliau boleh dilihat di dada akhbar dan majalah. Nama sebenarnya
Rosidi Ismail dilahirkan pada tahun 1948 di Kelantan. Di peringkat awal, beliau menerima tunjuk ajar dalam bidang kartun daripada allahyarham
Rejabhad. Beliau banyak menghasilkan kartun-kartun politik, karikatur satira pada awal 1965 hingga sekarang dan pernah berkhidmat dengan akhbar
The Sun, Malaysia sehingga tahun 1993. Beliau masih lagi aktif berkartun dan boleh melihat hasil karyannya di akhbar
Mingguan Malaysia.
Kerana minatnya kepada politik dan peperangan, beliau memilih untuk menyertai
Polis Diraja Malaysia. Semasa di dalam pasukan polis, Rossem masih meneruskan minatnya terhadap kartun. Malah beliau sangat aktif dalam menghantar karya-karyanya ke beberapa penerbitan.Antara karya-karyanya yang dikenali ketika itu ialah
Konstabel Jabit, yang tersiar di akhbar Utusan Malaysia dari tahun 1978. Dalam masa yang sama, kartun beliau yang berjudul
Pak Din Pencen, turut menghiasi dada akhbar Utusan Melayu.Ketika bersama majalah
Gila-Gila mula meledak, Rossem turut menyumbang karya kartunnya di bawah tajuk Macam-macam. Antara koleksinya ialah
Pen, Dakwat dan Kertas yang diterbitnya sendiri.