Sejarah Roti

Roti dalam oven tradisi, di Portugis, dengan bara di hadapan

Roti merupakan makanan tersedia paling tua, bertarikh semenjak zaman Neolitik apabila bijiran dan air dicampur menjadi pasta dan dimasak.

Di zaman Mesir silam, penghasilan roti merupakan salah satu bahagian penting dalam penyediaan makanan, bersama dengan penghasilan bir; kedua-duanya mempunyai juga kepentingan keagamaan. Adalah dipercayai bahawa orang-orang Mesir mencipta oven tertutup pertama bagi pembakaran roti. Roti merupakan makanan ruji utama dalam diet bagi kebanyakan sejarah Eropah, seawal semenjak 1000 BC sehingga masa kini. Sepanjang beberapa ratus tahun, jumlah pendapatan rumah Eropah yang dibelanjakan bagi membeli roti telah perlahan-lahan berkurangan secara tetap dengan pengurangan kos penghasilan dan penggunaan per kapital.Otto Frederick Rohwedder dianggap sebagai bapa bagi roti potong. Pada tahun 1912 Rohwedder mula memajukan mesin yang mampu memotong roti, tetapi kedai roti keberatan menggunakannya kerana mereka bimbang roti akan masuk angin dan menjadi keras. Hanya pada tahun 1928, apabila Rohwedder mencipta mesin yang memotong dan membungkus roti, barulah roti keping menjadi popular.Kedai roti di Chillicothe, Missouri adalah yang pertama menggunakan mesin ini bagi menghasilkan roti keping.

Selama beberapa generasi, roti putih dianggap roti bagi orang kaya sementara orang miskin makan roti gelap. Bagaimanapun konotasi ini berubah pada abad ke-20 dengan roti gelap dianggap mempunyai kandungan zat yang lebih tinggi berbanding roti putih sementara roti putih dikaitkan dengan kejahilan orang miskin mengenai zat pemakanan. Baru-baru ini, pembuat roti domestik yang menghasilkan roti secara automatik menjadi popular di rumah.