Roti_kaya_bakar
Roti_kaya_bakar

Roti_kaya_bakar

Roti kaya bakar ialah suatu hidangan masyhur di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura di mana seri kaya merupakan salah satu sapuan kegemaran tempatan, dimakan bukan sahaja pada roti bakar, tetapi juga roti segar dan biskut kraker berkerim. Kaya diperbuat dari telur, gula dan santan. Biasanya, hidangan ini dimakan pada waktu pagi beserta minuman teh tarik, kopi atau minuman panas yang lain. Sajian ini pada mulanya amat popular dihidangkan di kopitiam tetapi kini telah biasa dihidangkan dikedai makan Melayu dan restoran mamak.Pasa asasnya, kaya dan biasanya mentega atau marjerin disapu pada dua keping roti bakar, dan dipotong dua dan terus dihidangkan panas-panas. Hidangan ini digelar "roti kahwin" di Malaysia, berdasarkan seri kaya dan mentega yang "dikahwinkan" diantara kepingan roti bakar.Warga Malaysia dan Singapura suka memakan makanan ini bersama secawan teh atau kopi.[1] Ya Kun Kaya Toast di Singapura adalah salah satu dari beberapa francais yang telah menghidangkan hidangan ini lebih daripada sekadar sarapan pagi, disebabkan pertambahan cawangannya baru-baru ini.