Biografi Roy_O._Disney

Roy dilahirkan kepada pasangan Elias dan Flora Call Disney di Chicago, Illinois. Beliau beristerikan Edna Francis (1890-1984)[1] sejak April 1925; anak tunggal mereka[2] ialah Roy Edward Disney yang lahir pada 10 Januari 1930. Roy dan adiknya Walt memesan dan membina rumah bina sendiri dari Pacific Ready Cut Homes (sebuah syarikat Los Angeles). Pada tahun 1928, mereka membina rumah masing-masing bersebelahan di Lyric Avenue. Rumah-rumah mereka diubah suai dan diperbesarkan sedikit, sehingga tidak begitu memadani rumah asal yang dipaparkan dalam katalog Pacific Ready Cut Homes.

Walt menjadi tukang daya cipta, manakala Roy bertanggungjawab memastikan syarikat mereka teguh kewangannya; mereka berdua adik-beradik ini bersama-sama menubuhkan Disney Studios, tetapi pada tahun 1929, Walt membeli habis kebanyakan saham Roy, dan tidak menjadi penerbit seperti Max dan Dave Fleischer dari syarikat pesaingnya, Fleischer Studios.

Setelah Walt Disney meninggal dunia pada 1966, Roy menangguhkan persaraannya untuk menyelia pembinaan taman hiburan Disney World, lalu menamakannya sebagai Walt Disney World sebagai penghormatan kepada mendiang adiknya.

Setelah Walt Disney World berjaya dibuka pada Oktober 1971, akhirnya Roy Disney bersara. Beliau pernah mengadu ada tompok di sebelah matanya, dan sepatutnya berjumpa dengan optometris untuk preskripsi cermin mata baru. Beliau ditemui dalam keadaan rebah dan kebingunan, berhampiran katilnya oleh ahli keluarga; beliau mati akibat angin ahmar. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills.