Politik Roza_Otunbayeva

Pada tahun 1981, ia memulakan kerjaya politiknya sebagai setiausaha kedua Parti Komunis di Bishkek. 1980-an, beliau dilantik menjadi ketua delegasi Kesatuan Soviet UNESCO di Paris. Kemudian menjadi Duta Besar Soviet ke Malaysia. 1992 apabila Kyrgyzstan merdeka dari Rusia , Perdana Menteri Askar Akayev melantik beliau menjadi Menteri Luar Negeri dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau kemudian dilantik sebagai duta besar pertama negaranya ke Amerika Syarikat dan Kanada. Pada 1998-2001, beliau menjabat sebagai Duta Besar Kyrgyz pertama ke United Kingdom . Pada 2002-2004, ia adalah ketua wakil PBB ke Georgia .

Kembali aktif dalam politik Kyrgyzstan. Disember 2004, beliau dan tiga ahli parlimen pembangkang lain menubuhkan Parti Ata-Jurt dalam pemilihan parlimen Februari 2005. Walau bagaimanapun beliau disekat menjadi calon kerana calon mestilah berada di dalam negara selama 5 tahun.