Rukun_Islam_keenam

Templat:AqidahIstilah Rukun Islam keenam merujuk kepada tambahan kepada lima Rukun Islam.Kebanyakan Muslim Sunni percaya hanya ada lima Rukun Islam, dan idea terdapat rukum keenam bukanlah sesuatu yang diterima aliran utama; pemimpin Sunni sentiasa mengajar bahawa terdapat hanya lima Rukun Islam. Rukun keenam tidak patut ditambah, kerana ia akan mengubah agama dan dasarnya, maka mereka yang mempercayai wujudnya rukun keenam dianggap melakukan dosa. Bagaimanapun, sesetengah kumpulan Khawarij pada masa lampau[1][2] dan anggota Jihad Islam Mesir baru-baru ini,[3] berpendapat bahawa jihad patut diangap sebagai rukun keenam Islam. Dalam konteks ini, jihad merujuk kepada peperangan luaran terhadap mereka yang dianggap sebagai musuh Islam.[4][5]