Rumah_Hogwarts

Di dalam siri Harry Potter , Sekolah Sihir Hogwarts dibahagikan kepada sistem empat rumah, di mana setiap satunya mengambil nama sempena nama keluarga empat ahli sihir terkemuka pada zaman dahulu: iaitu Godric Gryffindor, Salazar Slytherin, Rowena Ravenclaw dan Helga Hufflepuff. Para pelajar dari setiap rumah tersebut akan bersaing setiap tahun, sama ada untuk mendapat markah atas nilai murni mereka atau dipotong markah atas kesalahan mereka, dan rumah yang mempunyai markah terkumpul paling banyak akan memenangi Piala Rumah. Setiap rumah juga mempunyai pasukan Quidditch mereka yang tersendiri yang bertanding untuk mendapatkan Piala Quidditch. Kedua-dua pertandingan tersebut mencetuskan persengketaan antara rumah-rumah tersebut, namun kedua-duanya sering dikuasai oleh rumah Gryffindor dan Slytherin. Rumah-rumah di Hogwarts adalah tempat para pelajar bernaung untuk belajar dan menetap bersama di asrama bersama-sama rakan sepasukan. Setiap tahun, ada masa di mana para pelajar sebaya dari pasukan yang berbeza akan berkongsi kelas dan guru yang mengajar. Walau bagaiamanapun, setiap asrama dan dan bilik umum tidak dapat dimasuki oleh pelajar yang bukan berasal daripada pasukan yang sama, melainkan pelajar tersebut masuk bersama-sama pelajar yang merupakan pelajar bagi pasukan tersebut.