Rusuhan_Plaza_Low_Yat_2015

Pada 12 Julai 2015, satu kejadian rusuhan telah berlaku di Plaza Low Yat, Jalan Imbi, Kuala Lumpur telah berlaku.[1] Tiga orang cedera termasuk seorang wartawan semasa kekecohan.[2] Rusuhan ini telah mendapat liputan secara meluas di media massa Malaysia. Polis percaya bahawa rusuhan itu berlaku berikutan pergaduhan yang melibatkan tujuh lelaki di Plaza Low Yat, atas dakwaan mencuri dan salah faham terhadap telefon pintar,[3] dengan kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM70,000.[4] Seramai 18 orang dilaporkan telah ditahan kerana terlibat dalam rusuhan itu.[5][6]

Rusuhan_Plaza_Low_Yat_2015

Tarikh 12 Julai 2015; 4 tahun yang lalu (2015-07-12)
Sasaran Plaza Low Yat
Kecederaan 3
Lokasi Jalan Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia
Hasil Kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM70,000
Penyebab Salah faham berkaitan telefon pintar