Ruud Gullit
Ruud Gullit

Ruud Gullit

Ruud Gullit OON (Sebutan Belanda: [ˈryt ˈxɵlɪt] ( listen);[2] (lahir pada 1 September 1962) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda yang aktif pada era 1980-an dan 1990-an. Beliau bermain di posisi pemain tengah atau penyerang. Beliau mengetuai pasukan kebangsaan Belanda yang merangkul kejuaraaan Euro 1988 dan beliau turut mewakili negaranya ke Piala Dunia 1990 dan Euro 1992.Di peringkat kelab, beliau berpindah ke Milan dari PSV Eindhoven pada 1987 menjadi rekod perpindahan dunia.[3] Beliau membentuk trio Belanda di Milan bersama Marco van Basten dan Frank Rijkaard. Gullit meraih tiga gelaran Serie A dan dua trofi Piala Eropah bersama Milan. Pada 1996, beliau berpindah ke Chelsea dan setahun kemudian, beliau memainkan peranan sebagai pemain-pengurus. Pada musim debutnya di Chelsea, beliau membawa pasukannya merangkul Piala FA Inggeris, kejuaraan pertama Chelsea dalam masa 26 tahun. Pada masa yang sama, beliau menjadi pengurus bukan England pertama yang meraih Piala FA.Gullit dinobatkan Ballon d'Or pada 1987 dan Pemain Terbaik World Soccer pada 1987 dan 1989. Beliau biasanya diletakkan di posisi pemain tengah menyerang,[4] serta serba boleh bermain di beberapa posisi sepanjang kariernya. Pada 2004, beliau tersenarai dalam FIFA 100 iaitu 125 pemain terhebat yang dipilih Pelé untuk meraikan ulang tahun FIFA ke-100.

Ruud Gullit

1979 Belanda B21
1994 Milan
2011 Terek Grozny
Tarikh lahir (1962-09-01) 1 September 1962 (umur 57)
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)[1]
2004–2005 Feyenoord
1995–1998 Chelsea
Nama penuh Ruud Gullit
Posisi permainan Pemain tengah / Penyerang
1982–1985 Feyenoord
1987–1993 Milan
1975–1979 DWS
1998–1999 Newcastle United
1996–1998 Chelsea (pemain-pengurus)
1967–1975 ASV Meerboys
1979–1982 HFC Haarlem
2007–2008 Los Angeles Galaxy
1993–1994 Sampdoria
Tempat lahir Amsterdam, Belanda
1981–1994 Belanda
Tahun Pasukan
1994–1995 Sampdoria
1985–1987 PSV

Rujukan

WikiPedia: Ruud Gullit http://www.fifa.com/fifa-tournaments/players-coach... http://www.fifa.com/worldcup/news/newsid=556554.ht... http://www.goldenfoot.com/legends.php?l=en http://www.rsssf.com/miscellaneous/bestbest.html http://www.rsssf.com/players/ec1winningsquads.html http://us.soccerway.com/players/rudi-dil-gullit/10... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p074992481 http://www.voetbalstats.nl/nedxi/sp174.html http://isni.org/isni/000000011647863X