S-45A
S-45A

S-45A

S-45A merupakan satelit Amerika Syarikat, yang hilang semasa kegagalan pelancaran pada tahun . Satelit ini bertujuan untuk beroperasi dalam orbit amat berelips, dari mana ia sepatutnya memberikan data mengenai bentuk ionosfera,[1] dan mengenai medan magnet Bumi.[2] Ia merupakan sebahagian dari Program Penjelajahan ("Explorer program"), dan akan dinamakan Explorer 12 sekiranya ia sampai ke orbit. Ia merupakan yang kedua bagi dua dari satelit yang sama untuk dilancarkan; satelit yang pertama, S-45, turut hilang akibat kegagalan pelancaran, sebelumnya pada tahun yang sama.[2]S-45A dilancarkan menggunakan roket Juno II, nombor siri AM-19G. Ia merupakan penerbangan terakhir Juno II.[3] pelancaran berlaku di Kompleks Pelancar 26B di Stesyen Tentera Udara Cape Canaveral pada 19:48:05 UTC 24 May 1961.[3] Sistem yang bertujuan bagi menghidupkan tahap kedua gagal berfungsi.[4] Roket tersebut gagal mencapai orbit.[5]

S-45A

Keadaan orbit amat eliptik (dirancang)
Jenis misi Ionosferik
Tempoh misi Gagal ke orbit
Roket Pembawa Juno II
Jisim 33.6 kilogram (74 lb)
Pengendali NASA
Kawasan Pelancaran Kompleks Pelancar Stesyen Tentera Udara Cape Canaveral 26