SCTV
SCTV

SCTV

SCTV (singkatan untuk Surya Citra Televisi) ialah sebuah stesen televisyen swasta kedua Indonesia selepas RCTI.[1]Stesen televisyen bermula pada tahun 1990 dengan liputan siarannya terbatas di Surabaya dan kawasan sekitarnya. Pada waktu itu stesen televisyen ini dikenali sebagai Surabaya Centra Televisi.Pada tahun 1993 dengan keizinan Kementerian Penerangan, SCTV mengorak langkah menjadi stesen televisyen nasional dan pejabatnya berpindah ke Jakarta pada 1994. Kini penontonnya berjumlah kira-kira 158 juta orang dengan 32 pemancar ke 248 bandar di seluruh Indonesia. Cogan katanya 'Satu Untuk Semua'.SCTV banyak menayangkan drama (sinetron) yang diminati ramai seperti Malin Kundang dan Kiamat Sudah Dekat yang juga ditayangkan di Malaysia. SCTV juga mempunyai majlis anugerah untuk menghargai karyawan negara itu iaitu SCTV Music Awards yang diadakan setiap tahun.

SCTV

Dilancarkan 24 Ogos 1990
Indovision Channel 81
Dimiliki oleh Bimantara Citra (1990-1996)
Indika Group (1996-1999)
Surya Citra Media (1999-sekarang)
TransVision Channel 361
Format gambar 1080i HDTV
Mio TV Saluran 692 (Akan Datang)
Astro Nusantara Channel 4
Laman sesawang www.sctv.co.id
TelkomVision Channel ??
Kawasan siaran  Indonesia
First Media Channel 10
Negara  Indonesia
IndosatM2 Channel ??
Cogan kata "Satu Untuk Semua"