Sejarah SF9

2015-2016: Prapenampilan pertama dan Neo School

Sebelum SF9 ditubuhkan, satu sistem latihan baru daripada FNC Entertainment diperkenalkan iaitu "Neo School". Mereka yang melalui sistem ini akan membuat persediaan untuk muncul sebagai kumpulan baru dengan nama NEOZ. Kumpulan ini muncul pertama kalinya semasa konsert FNC Kingdom in Japan yang diadakan pada 12 dan 13 Disember 2015.[6][7]

Pada Mei 2016, kumpulan tersebut menyertai rancangan realiti Mnet, d.o.b (Dance or Band), di mana mereka dibahagikan kepada dua buah pasukan, NEOZ Dance dan NEOZ Band. Dua pasukan tersebut akan bertanding bagi menentukan pasukan manakah yang akan membuat penampilan sulung dahulu. NEOZ Dance kemudiannya menang di dalam rancangan tersebut melalui lagu "K.O",[1] yang kemudiannya ditampilkan di dalam album single Feeling Sensation. Kumpulan ini dinamakan semula sebagai SF9 pada Ogos 2016.[4][8]

Rujukan

WikiPedia: SF9 http://www.allkpop.com/article/2016/08/fnc-enterta... http://www.allkpop.com/article/2016/09/fncs-sf9-co... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2017/... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2017/... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2017/... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2017/... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2017/... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2017/... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2017/... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2017/...