SM*SH

SM*SH (dibaca smash), merupakan sebuah kumpulan muzik asal Indonesia yang dibentuk oleh Starsignal pada tarikh 10 April 2010. Kumpulan muzik ini dianggotai 7 orang iaitu Rafael, Rangga, Morgan, Bisma, Dicky, Reza, dan Ilham. Genre muzik yang mereka bawakan adalah pop-dance. Nama SM*SH merupakan singkatan dari Seven Men as Seven Heroes. Heroes maksudnya mereka ingin menginspirasi anak muda untuk berkreasi yang positif. Huruf A-nya menggunakan simbol bintang kerana terinspirasi dari nama talent manager SM * SH iaitu Starsignal. Mereka mulai dikenali khalayak ramai melalui lagunya yang berjudul "I Heart You".