Sejarah SMART

Susulan daripada tragedi keruntuhan pangsapuri Highland Towers, Ulu Kelang pada 11 Disember 1993, Jawatankuasa Kabinet yang bersidang 21 Disember 1993 telah meluluskan penubuhan Pasukan SMART di bawah pengurusan Pejabat Majlis Keselamatan Negara;Pasukan SMART ini dianggotai oleh pegawai dan anggota daripada jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Latihan Dan Pemilihan.

-ujian fizikal individu yang digelar IPPT syarat lulus gred A & B shj.

-ujian fobia ketinggian terjun platform 10m & renang 300m gaya bebas serta apungan 5minit dijalankan di PULAPOL Jln semarak KL.

-ujian fobia gelap. Confined space, smoke house & B.A Gallery biasanya dijalankan di FRAM Kuala Kubu Bharu.

-ujian fobia darah & mayat yang dilaksanakan di HKL.

-ujian larian 7km & ujian 'casevac' 22km bersama dummy 90kg.

Calon-calon yang telah melepasi ujian-ujian diatas akan ditemuduga seterusnya akan melalui tapisan yang ketat sebelum layak untuk mengikuti latihan asas pasukan SMART yang dipanggil 'Kursus Khas SMART' selama 7 minggu. Dalam kursus khas para pelatih akan diberikan latihan yang agak keras dan tidak mengira masa. Modul-modul yang diajar adalah seperti; Medical, USAR, RTA, High Angle & Rope rescue, HAZMAT dll. Disamping itu juga pelatih-pelatih juga wajib menjalani latihan fizikal setiap hari serta ujian berpasukan dan individu spt merempuh halangan dan B.A circuit endurance. Ujian IPPT juga turut dijalankan setiap hari jumaat sepanjang kursus dijalankan manakala ujian akhir pelatih diuji dengan 'casevac' sejauh 30km melalui jalan berbukit sekitar Kuala Kubu Bharu. Kini SMART sedang giat menjalani latihan persiapan untuk diiktiraf oleh INSARAG sebagai Heavy USAR Team yang kedua di Asia tenggara pada tahun 2015.