Anugerah SS_Honour_Ring

Cincin itu pada mulanya diberikan kepada para pegawai kanan Pejuang Lama (terdapat kurang dari 5,000 orang). Setiap cincin mempunyai nama penerima, tarikh penganugerahan, dan tandatangan Himmler yang diukir pada sebelah dalam. Cincin itu didatangi dengan sekeping surat standard dari Himmler dan kata-kata pujian. Ia hanya dipakai pada "jari manis" tangan kiri. Jika seseorang anggota SS dipecat atau bersara dari perkhidmatan, cincinnya mesti dipulangkan.[1]

Nama si penerima dan tarikh penganugerahan telah ditambah pada surat tersebut. Didalam surat itu, menurut Himmler, cincin ini adalah "peringatan pada setiap masa agar bersedia untuk mempertaruhkan nyawa kami demi nyawa orang lain".[2]

Ia menjadi pemberian yang sangat dicari, dan tidak boleh dibeli atau dijual. Sesetengah anggota SS dan polis mengupah tukang emas tempatan untuk membuat versi sendiri.[1] Pada tahun 1938 Himmler mengarahkan pemulangan semua cincin anggota dan pegawai SS yang mati untuk disimpan didalam sebuah peti khas di Istana Wewelsburg. Ia akan menjadi satu memorial untuk melambangkan keanggotaan abadi si mati dalam barisan SS. Pada Oktober 1944, Himmler mengarahkan pembuatan dan penghargaan cincin tersebut dihentikan.[1] Himmler kemudian mengarahkan kesemua cincin yang tinggal, lebih kurang 11,500, di masukkan kedalam sebuah bukit berhampiran Wewelsburg.[3] Pada Januari 1945, 64% dari 14,500 cincin yang dibuat telah dikembalikan kepada Himmler selepas kematian "si pemegang".[1] Selain itu, 10% telahpun hilang di medan pertempuran dan 26% samada disimpan oleh pemegang atau dimana lokasinya tidak diketahui.[1]

Berkaitan