SZA

Solána Imani Rowe (lahir 8 November 1990)[3] atau lebih dikenal dengan SZA merupakan seorang penyanyi R&B Amerika Syarikat. Beliau lahir di kota St. Louis, Missouri lalu berpindah ke Maplewood, New Jersey.[1][4] Pada Oktober 2012, SZA mengeluarkan album mini pertamanya berjudul See.SZA.Run, kemudian melancarkan album mini keduanya S pada April 2013. Pada Julai 2013, beliau menandatangani kontrak bersama label rekaman Top Dawg Entertainment, lalu melancarkan album mini Z pada April 2014.[5] SZA merilis album studio debutnya pada 9 Jun 2017 berjudul Ctrl.[6]