Saad_Al-Abdullah_Al-Salim_Al-Sabah

Yang Mulia Sheikh Saad Al-Abdullah Al-Salim Al-Sabah (bahasa Arab: سـعد العبـد اللـه السـالم الصباح Saʿad al-ʿAbdallāh as-Sālim as-Sabāh, lahir 1930) merupakan Amir Kuwait pada 15 Januari 2006-24 Januari 2006. Ia sebenarnya telah menjadi Amir pada tempoh 21 September 2001-2002. Jabatan keamirannya ditarik Parlimen pada 24 Januari 2006 kerana faktor buruk kesihatannya.Pada 8 Februari 1978-13 Julai 2003, beliau diangkat menjadi Perdana Menteri Kuwait sebagai kelangsungan jabatan dari Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. Pada 2 Ogos 1990-4 Mac 1991, beliau berada di Ta´if (Arab Saudi). Kesehatannya yang menurun menimbulkan spekulasi tentang kepemimpinan Kuwait tempoh jabatannya. Pada 23 Januari 2006, beliau setuju untuk melepaskan jawatannya yang baru didudukinya kurang dari seminggu.