Stadium Sabah_FA

Stadium Likas merupakan stadium utama Sabah untuk perlawanan Liga, Piala FA, dan Piala Malaysia. Stadium ini terletak di daerah Likas dan mengambil masa hanya 10 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu. Stadium ini juga mempunyai kapasiti 35,000 tempat duduk. Sebelum terbinanya Stadium Likas, sabah beraksi sebagai tuan rumah di Stadium Penampang. Stadium ini mempunyai kapasiti dalam 10,000 orang dan mengambil masa 20 minit perjalanan dari pusat bandar kota kinabalu. Namun, stadium ini tidak mempunyai lampu limpah dan pasukan sabah terpaksa bermain pada waktu petang. Pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2007, Sabah menggunakan Kompleks Sukan Tawau yang berkapasiti 15,000 tempat duduk. Sabah terus menggunakan Kompleks Sukan Tawau untuk pusingan awal Liga Perdana Malaysia 2007-08. Selepas itu, Sabah kembali menggunakan Stadium Likas.