Ringkasan Sabarudin_Tukang_Kasut

  • Kisah mengenai Sabarudin yang bekerja sebagai Tukang Kasut dan mempunyai isteri yang bermain kayu tiga. Sabarudin seorang yang miskin tapi mempunyai hati yang mulia. Pelbagai liku hidup terpaksa ditempuhi antaranya difitnah oleh Halobayah sehingga dia dihalau dari kampung halaman dan bertemu dengan seorang rakan lama iaitu Putar Alam Syah. Di sinilah Sabarudin bertemu dengan Tuan Puteri dan atas nasihat rakannya itu dia telah menggunakan helahnya dengan mengatakan dia adalah seorang putera raja dan berjaya mengahwini Tuan Puteri. Setelah Sabaruddin menjadi menantu raja, dia selalu memberi sedekah kepada fakir miskin seluruh kota dengan menggunakan harta kerajaan. Kejayaan Sabaruddin itu telah mendatangkan rasa iri hati kepada Memanda Menteri sehingga timbul konflik antara dia dan Sabarudin menyebabkan Sabarudin terdampar jauh di padang pasir. Di sini Sabarudin telah bertemu dengan seorang wali dan diberikan hadiah berupa cincin diatas ketulusan hatinya bersedekah menggunakan harta kerajaan. Setelah pulang ke kota, Sabarudin bertemu dengan Menteri dan berjaya mengalahkannya dan seterusnya mendapatkan kembali Tuan Puteri.