Kerjaya Sabrina_Ali

Sabrina Ali dan suami menyertai musim kedua rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro,[4] bersama-sama peserta selebriti lain termasuk Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus. Beliau kemudiannya, berlakon bersama Tania Hudson dalam siri TV, Mayang Mengurai di TV3.[5]

Beliau membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem seram Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai Anna, bekas teman wanita Johan lakonan sepupunya.[6] Beliau kembali bekerja dengan Syamsul menerusi watak sebagai Zati, ibu tiri Maria lakonan Nabila Huda dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung, Munafik (2016).[7] Peranan filem beliau yang lain termasuk watak sebagai Faridah dalam filem drama biografi, Makrifat Cinta[8][9] dan sebagai Diana dalam KL Special Force.[10]

Sabrina juga muncul dalam iklan pesanan khidmat masyarakat, "#PintarkahAnda" terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Pada 13 Januari 2018, beliau melancarkan produk wangian Sphere Perfume Sweet dan Exclusive Sabrina, yang dikhususkan untuk wanita dan mesra wuduk.[11]

Rujukan

WikiPedia: Sabrina_Ali http://www.gempak.com/artikel/3267/sabrina-ali-sel... http://www.imdb.com/name/nm4233515/ http://mediamalaya.com/sein-ruffedge-dan-nana-berc... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/69... http://www.kosmo.com.my/hiburan/makrifat-cinta-823... http://www.kosmo.com.my/hiburan/sabrina-ali-belum-... http://mstar.com.my/hiburan/tengokwayang/cerita.as... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...