Kerjaya Sabronzo

Sabronzo ialah salah seorang ahli kumpulan Dolla sewaktu penubuhannya pada April 2019.[4] Beliau merupakan ahli yang paling tertua dalam kumpulan ini. Selain beliau, ahli kumpulan lain terdiri daripada Angelina Chai Ka Ying (Angel), Norsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) dan Tabitha Ariel Lam (Tabby). Mereka pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu yang diadakan oleh Universal Music Malaysia. Sabronzo bersama rakan-rakan sekumpulannya meraih kejayaan komersial menerusi lagu sulung mereka, "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada Mac 2020.

Beliau bersama Ismail Izzani dijemput bersama lapan lagi selebriti e-Sukan tanah air dalam satu pertaru­ngan pertunjukan diberi nama MLBB All Star Funmatch yang diadakan pada 2 Oktober 2021 sempena sambutan ulang tahun kelima permainan Mobile Legends yang dibangunkan oleh Moonton sejak ia mula diterbitkan pada 14 Julai 2016.[5]