Kerjaya Safwan_Nazri

Sewaktu masih menuntut di pusat pengajian tinggi, beliau turut mengambil tawaran kerja sebagai model sambilan. Matlamatnya ingin menyebarkan mesej serta positiviti melalui bidang lakonan yang diceburi. Beliau juga pernah menyertai pertandingan Pencarian Hero Remaja edisi 2017 dan beliau menyifatkan gelaran 'hero' mempunyai keperluan untuk menjadi individu yang menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Beliau turut mengagumi kekebalan pemenang Dewi Remaja 2010, Neelofa dalam menangani kritikan negatif seawal pembabitan beliau yang seterusnya membawa kepada kejayaan besar selebriti dan usahawan itu. Safwan yang ingin mengikut jejak langkahnya menyifatkan Neelofa sebagai contoh artis yang memiliki 'beauty with brain'. Wanita idamannya seorang yang berwajah jelita, mempunyai kelembutan serta tahu menghormati orang tua. Beliau pernah meluahkan rasa terkilan apabila rakan-rakan peserta Hero Remaja 2017 termasuk dirinya digelarkan 'geng kunyit' hanya kerana menangis sewaktu segmen penyingkiran.