Sagawa_Express
Sagawa_Express

Sagawa_Express

Sagawa Express Co., Ltd. (佐川急便株式会社, Sagawa Kyūbin Kabushiki-gaisha) ialah sebuah syarikat pengangkutan Jepun. Ibu pejabatnya berada di Minami-ku, Kyoto. Sagawa bersaing dengan Yamato Transport, Nippon Express, dan syarikat logistik utama lain. Jumlah penjualan Sagawa pada tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2005 mencapai ¥728.000.000.000.Sagawa ditubuhkan oleh Kiyoshi Sagawa, dan mula beroperasi pada 22 Mac 1957. Syarikat ini kemudian didaftarkan sebagai badan hukum pada 24 November 1965. Pada 21 Mac 2006, Sagawa menubuhkan SG Holdings dan menyerahkan sahamnya ke SG, sehingga Sagawa menjadi anak syarikat syarikat itu.Klien utama Sagawa antara lain Amway, Amazon.co.jp, Softbank BB, Yamada Denki, Culture Convenience Club (Tsutaya), Keyence, Sony Style, Askul, dan Digital Media Mart.Galaxy Airlines dahulunya merupakan anak syarikat Sagawa Express.

Sagawa_Express

Pendapatan operasi ¥49 bilion (2016)
Industri
Jumlah aset ¥651 bilion (2016)
Pendapatan bersih ¥28 bilion (2016)
Anak syarikat
  • Sagawa Express Co., Ltd.
  • Sagawa Global Logistics Co., Ltd.
  • SG Realty Co., Ltd.
Bilangan pekerja 85,808 (2017)
Jumlah ekuiti ¥310 bilion (2016)
Ibu pejabat Minami-ku, Kyoto, Jepun
Laman sesawang www.sg-hldgs.co.jp
Ditubuhkan 21 Mac 2006; 13 tahun yang lalu (2006-03-21)
Hasil ¥930 bilion (2016)
Didagangkan sebagai TYO: 9143
Jenis Syarikat awam (K.K.)
Nama asal SGホールディングス株式会社