Sejarah Sagu

Catatan Zhu Fan Zhi hasil tulisan Zhao Rukuo (Chau Ju Kua) merupakan koleksi deskripsi negeri-negeri dan pelbagai produk perdagangan dari luar China. Ianya merupakan sumber rujukan ke atas penduduk, kebudayaan dan secara khusus komoditi-komoditi yang diperdagang di Asia Tenggara dan lautan Hindi semasa dinasti Song yang siap dibukukan sekitar tahun 1255. Merujuk kepada kerajaan Brunei pada abad ke-12, beliau menyatakan sagu sebagai salah satu makanan ruji masyarakat tempatan.


"The country produces no wheat, but hemp and rice, and they use sha-hu for grain.."