Saharjo
Saharjo

Saharjo

Dr. Sahardjo, S.H. (26 Jun 1909 –13 November 1963) ialah Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia dalam Kabinet Kerja I (10 Julai 1959 –18 Februari 1960), Kabinet Kerja II (18 Februari 1960 –6 Mac 1962), Kabinet Kerja III (6 Mac 1962 –13 November 1963).Saharjo merupakan tokoh penting dalam bidang undang-undang di Indonesia. Hasil buah pemikirannya yang penting ialah Undang-undang warganegara Indonesia pada tahun 1947 dan Undang-undang pilihan raya umum pada tahun 1953.Beliau dikebumikan di Taman Makam Pahlawan Nasional Utama Kalibata, Jakarta.