Saipan

Saipan (/saɪˈpæn/, asal Sepanyol: Saipán) ialah pulau terbesar Kepulauan Mariana Utara, sebuah komanwel Amerika Syarikat di barat Lautan Pasifik. Mengikut anggaran tahun 2017 oleh Biro Bancian Amerika Syarikat, penduduk Saipan ialah 52,263 orang.Pusat pemerintahan Komanwel terletak di kampung Capitol Hill di pulau itu. Sejak seluruh pulau disusun sebagai kawasan perbandaran tunggal, kebanyakan akhbar menamakan Saipan sebagai ibukota Komanwel.Datok Bandar terkini Saipan ialah David M. Apatang, yang telah mengangkat sumpah jawatan pada 12 Jun 2015.