Sajarah_Banten

Sajarah Banten, merupakan nama sekumpulan karya sastera sejarah tradisional berbentuk babad, yang menceritakan mengenai sejarah Kesultanan Banten; iaitu sejak kedatangan Syarif Hidayatullah dan Maulana Hasanuddin ke Banten[1] sehingga mendekati masa-masa akhir menjelang kejatuhannya.[2] Pada umumnya risalah-risalah Sajarah Banten menggunakan bahasa Jawa dengan hanacaraka atau huruf Arab Pegon; namun terdapat pula yang menggunakan bahasa Melayu dengan abjad Rumi, serta bahasa Sunda dan aksara Sunda. Sebahagian besar risalah-risalah tersebut berbentuk tembang, dan sebahagian kecil berbentuk gancaran (prosa).P.A. Hoessein Djajaningrat berpendapat bahawa risalah-risalah Sajarah Banten tersebut ditulis antara tahun 1662/1663 sehingga 1725, namun versi bahasa Melayu yang berbentuk prosa masih ditulis sehingga akhir abad ke-18. Ketika itu, diketahui sekurang-kurangnya terdapat 32 risalah Sajarah Banten dan sejenisnya yang tersebar di pelbagai tempat simpanan, sama ada di dalam mahupun di luar negara.[3]Di antara risalah-risalah tersebut terdapat beberapa yang telah dikenalpasti secara khas, antaranya:[4]