Politik Sakaran_Dandai

Sakaran menjadi Pengerusi UMNO Sabah yang baru ditubuhkan ketika itu. UMNO ditubuhkan selepas kerajaan negeri Sabah terlepas kepada PBS, pimpinan Pairin Kitingan. Dalam Pilihan raya Sabah 1994 Pairin berjaya ditewaskan dan Sakaran Dandai dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-8. Pada 26 Disember 1994, jawatan itu diserahkan kepada Salleh Said Keruak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengilhamkan sistem penggiliran itu ketika kemuncak kempen bagi Pilihan raya Sabah 1994. Pemimpin dari tiga kaum utama iaitu bumiputera Islam, Cina dan bumiputera bukan Islam mengetuai kerajaan negeri secara bergilir-gilir bagi tempoh dua tahun.Dalam tempoh 10 tahun tujuh orang bergilir menjadi Ketua Menteri, iaitu Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Tun Said (menggantikan Sakaran berikutan pelantikan Sakaran sebagai Yang Dipertua Negeri), Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Osu Sukam, Datuk Chong Kah Kiat dan Musa Aman. [3]

Perlantikan beliau sebagai KM Sabah tanpa melalui sidang DUN Sabah dan kes ini menjadi perbandingan dengan kes rampasan kuasa di Perak (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir menjadi Menteri Besar Perak).[4] Sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah di kalangan kaum-kaum utama di Sabah bagi setiap dua tahun telah dimansuhkan mulai 2004. Pemansuhan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya. [5]

Rujukan

WikiPedia: Sakaran_Dandai http://ad.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=... http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR1... http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/US... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.sabah.gov.my/istana/Biodata%20Tun%20Dat... https://id.loc.gov/authorities/names/n2007225728 https://viaf.org/viaf/102911921 https://www.wikidata.org/wiki/Q2213519#