Dr. Salam Fayyad (
Bahasa Arab: سلام فياض; lahir pada 1952) adalah ahli politik
Palestin yang dilantik oleh
Presiden Palestin,
Mahmoud Abbas sebagai
Perdana Menteri Palestin yang baru pada 15 Jun 2007. Sebelum ini Dr. Salam Fayyad pernah menjadi
Menteri Kewangan Palestin ketika
Fatah menguasai kerajaan sementara pada 2002.Dr. Salam Fayyad dihormati di peringkat antarabangsa sebagai ahli ekonomi dan ahli politik. Beliau tidak memihak kepada
Fatah mahupun kepada
Hamas yang sedang bersengketa. Dr. Salam Fayyad mendapat ijazah PhD jurusan ekonomi dari
Universiti Texas di
Austin,
Amerika Syarikat. Dia pernah belajar dengan
William A. Barnett dan pernah membuat kajian tentang American Divisia Monetary Aggregates. Dia juga pernah menjadi staf di Federal Reserve Bank of St. Louis.Kerjaya Dr. Fayyad bermula sebagai pensyarah ekonomi di
Universiti Yarmuk,
Jordan. Kemudian bekerja di
Bank Dunia, pada 1987 - 1995. Oleh itu dia pernah tinggal di
Amerika Syarikat selama 20 tahun iaitu pada 1987-1995. Kemudian menjadi wakil
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk membantu pihak berkuasa Palestin sehingga tahun 2001. Seterusnya menjadi Menteri Kewangan semasa Fatah berkuasa di Palestin.Kemudian Dr Salam menjadi pengasas dan pengerusi parti baru
Hala Ketiga (Third Way) dan menyertai
Pilihan raya Legislatif Palestin 2006 bersama
Hanan Ashrawi. Fayyad dan Hanan menang dua kerusi bagi mewakili Parti Pilihan Ketiga dalam
Majlis Perundangan Palestin.Dia dilihat pro-Barat dan menyokong kumpulan Fatah. Oleh itu Mahmoud Abbas dari kumpulan Fatah melantik beliau sebagai Menteri Kewangan. Dia dilihat menyokong tindakan Fatah mengiktiraf negera Israel. Sebaliknya parti Hamas enggan mengiktiraf kerajaan Israel.Pada 18 Mac 2007, Fayyad telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kerajaan perpaduan Fatah-Hamas. Kerajaan perpaduan ini hasil dari
Deklarasi Mekah yang diusahakan oleh kerajaan Al-Saud,
Arab Saudi.Pada 15 Jun 2007, Dr Salam Fayyad dilantik memegang jawatan Perdana Menteri Palestin secara tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Palestin.
Presiden Mahmoud Abbas yang kecewa dengan tindakan Hamas menguasai pejabatnya di
Semenanjung Gaza, telah membubarkan kabinet kerajaan pimpinan
Perdana Menteri Ismail Haniyeh. Pembubaran ini dan perlantikan Dr. Salam Fayyad tidak diiktiraf oleh Ismail Haniyeh. Jadi, ketika ini kerajaan Palestin mempunyai dua perdana menteri.