Sejarah Salammusik

Pada tahun 2012, Salammusik melancarkan album pertama mereka yang menggunakan nama mereka sebagai tajuk album, yang memenangi anugerah Album Terbaik. Kemenangan ini memperoleh pengiktirafan meluas apabila masyarakat mula menghargai genre muzik yang dibawakan oleh kugiran ini.[4][5]

Album kedua Salammusik berjudul O dilancarkan pada Januari 2013. Album itu dicalonkan untuk “Album Rekaan Terbaik” dan lagu “Your Place” dicalonkan untuk “Lagu Bahasa Inggeris Terbaik”. Salammusik menerima Anugerah “Lagu Hip Hop Terbaik” dengan “Aku Pelat”. Mereka juga melancarkan beberapa jelajah ke pelbagai negara di Eropah sebagai sebahagian usaha mempromosikan muzik mereka di peringkat antarabangsa.[6]

Berikutan dua siri konsert di Eropah pada 2013 dan 2014, Salammusik melancarkan jelajah konsert ke Eropah pada Julai dan Ogos. Peminat-peminat setia mengambil peluang menyaksikan Salammusik secara langsung semasa jelajah konsert Eropah di pelbagai lokasi di Belanda, termasuk Solar Weekend Festival (50,000 pengunjung), Zwarte Cross Festival (180,000 pengunjung) dan Landjuweel Festival (15,000 pengunjung). Salammusik juga mengendalikan jelajah 5 hari di Belgium dan membuat persembahan di acara kesenian pelbagai disiplin, Festival “Zomer van Antwerpen” (280,000 pengunjung) yang memaparkan seni pentas, teater dan Muzik Dunia.[7][8][9]

Rujukan

WikiPedia: Salammusik http://salammusik.com http://www.themalaymailonline.com/showbiz/article/... http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=965... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/rencana/mampukah-lag... http://www.thestar.com.my/Story/?file=/2013/2/2/mu... http://utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121201/hi_03... http://www.utusan.com.my/hiburan/i-salammusik-i-sa...