Salasilah

Salasilah keturunan atau Salasilah keluarga seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam. Allah berfirman: Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman:Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahim akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan orang baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala..Hadis Jubair bin Mut'im r.a: Mencari atau menjejak waris yang dilakukan oleh orang-orang Melayu di era penjajahan British, terutamanya di kalangan orang-orang kampung amatlah ketara atas beberapa sebab seperti berikut:Kini, lain pula budayanya. Minat untuk mencari waris, menjejak kasih tidak lagi menjadi keutamaan di kalangan orang kita. Inilah akibat dari arus pembangunan dan pemodenan. Sifat nafsi-nafsi sudah berleluasa, terutamanya di kalangan penduduk bandar. Salasilah merupakan sebahagian daripada ilmu sains sosial yang turut mempunyai hubungan dengan ilmu sejarah. Penekanan kepada ilmu salasilah dalam kalangan orang Melayu khususnya agak terhad kepada golongan kerabat diraja maupun bangsawan sahaja.Ilmu penulisan salasilah ini penting atau "vital" kerana memalui ilmu ini kita akan cuba mencari identiti dan jati diri kita sendiri Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.xcvs