Salehuddin_Hashim

Datuk Salehuddin Hashim merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), di mana beliau berkhidmat selama 6 tahun. Beliau berhenti pada Januari 2010 kerana mahu menumpukan semula bidang perniagaan, dan digantikan oleh Saifuddin Nasution Ismail.[1] PKR dikatakan membayarnya RM9,000 sebulan.[2]Salehuddin adalah anak kepada ahli parlimen PAS (1969-1974), Haji Hashim Gera. Hashim Gera menang di parlimen Parit,Perak mengalahkan calon Perikatan , Dato Hussein Nordin dalam tahun 1969 .Hashim Gera dipecat oleh PAS kerana berjoget dalam satu majlis yang diadakan di lobi Parlimen pada 1974 .Dalam majlis itu, Tunku Abdul Rahman mencabarnya sama-sama joget lambak dengan perempuan joget yang disediakan. Ketiks itu , PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional.Difahamkan , kalau satu jam ceramah ,Hashim Gera boleh berpantun selama satu jam juga dan ini menimbulkan keriangan dalam majlis.[3]