Salib
Salib

Salib


Salib atau palang salib adalah lambang agama Kristian yang didirikan di bumbung gereja atau digantung pada leher penganut Kristian. Salib menjadi identiti agama Kristian sejak sekian lama . Lambang ini juga terdapat pada lambang Persatuan Palang Merah Sedunia , bendera Switzerland , Britain, Australia dan lain-lain dengan pelbagai gaya, bentuk , saiz dan warna .Perkataan salib pertama kali diucapkan oleh Jesus di dalam injil matius 10:30"Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku". Jesus telah disiksa, dihina, dan diolok-olokan sebelum disalib . Ada ramai orang telah disalibkan sebelum dan selepas Jesus. Jesus dikatakan dipakaikan mahkota duri Inijl Matius27:29"Mereka menganyam sebuah mahkota duri dan menaruhnya di atas kepala-Nya, lalu memberikan Dia sebatang buluh di tangan kanan-Nya. Kemudian mereka berlutut di hadapan-Nya dan mengolok-olokkan Dia, katanya: "Salam, hai Raja orang Yahudi!". Askar Pilatos Pilate menyangka Jesus hendak menjadi raja Israel, maka sebab itulah Jesus diejek dengan mahkota berduri tersebut. Hanya setelah Maharaja Constantine melihat lambang salib dalam mimpi barulah lambang ini digunakan sebagai lambang Kristian. Maharaja Rome ini baru beragama Kristian. Sebelum itu Maharaja Constantine menyembah dewa Apollo. Palang salib bukan lambang dewa Apollo seperti didakwa. Palang ini digunakan pada mata wang dan cop kerajaan Rome sehingga beliau mati. Minatnya lebih kepada dewa matahari dan bukan faktor mimpi menyebabkan beliau menggunakan lambang palang salib. Orang Kristian telah mengunakan kekuatan pedang dan api bagi melenyapkan agama matahari. Hypatia iaitu seorang guru agama matahari telah dibunuh dan perpustakaan Alexanderia / Iskandariah telah dibakar. Hakikatnya segala pengajaran dan adat istiadat agama matahari dibawa masuk ke dalam agama gereja. Dahulu orang Kristian menggunakan tiga macam salib iaitu huruf T, salib Andreas , bentuk X dan salib Rome + . Salib Jesus sekarang ini 'barangkali' dipengaruhi oleh salib bangsa Rome.Mulanya orang Kristian menggunakan lambang 'ikan sungai' sebagai lambang agama Kristian. Kubur -kubur orang Kristian abad pertengahan menggunakan lambang 'ikan sungai'. Injil tidak memberi sebarang sebab penggunakan labang 'ikan sungai' kecuali Jesus dikatakan pernah makan 'ikan'. Orang Kristian dari golongan 'Saksi-Saksi Yehuwa' tidak mengakui Jesus mati dibunuh di palang salib . Mereka menyatakan Jesus mati tergantung di sebuah tiang sahaja yang disebut 'tiang siksa' , tidak di atas kayu salib yang berbentuk palang. Orang Islam sebagaimana Al Quran menyatakan Jesus atau Nabi Isa gagal ditangkap untuk disalibkan. Sebaliknya malaikat telah membawanya ke langit. St Barnabas dalam Injil Barnabas menyatakan orang yang disalib itu ialah Judas Iscariot.