Kerjaya Salleh_Kamil

Watak berdialog pertamanya ialah melalui filem Miskin arahan K. M. Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti filem Sedarah (S. Ramanathan) memegang peranan jahat.[5]

Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari.[5] Ketika itu, Salleh muncul dalam filem Penghidupan arahan L. Krishnan. Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam filem Lela Manja serta watak lawak dalam filem Tiga Abdul yang membawa watak Kassim Patalon, seorang peguam batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nesfu).[5]

Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.[5]

Pada 1967, Salleh muncul dalam filem Raja Bersiong arahan Jamil Sulong.[5] Walaupun MFP ditutup tahun itu, beliau terus menetap di Boon Teck Road sehingga 1973.[5]