Samia_Suluhu
Samia_Suluhu

Samia_Suluhu

Samia Suluhu Hassan (lahir 27 Januari 1960) ialah seorang ahli politik Tanzania yang kini berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut berikutan kematian penjawat sebelumnya, John Pombe Magufuli pada 17 Mac 2021; beliau merupakan wanita pertama yang berkhidmat sebagai Presiden di rantau Afrika Timur.Beliau menjadi naib presiden wanita pertama Tanzania berikutan pilihan raya di negara tersebut 2015 mewakili parti Chama Cha Mapinduzi (CCM) bersama Magufuli. Dua-dua Suluhu dan Magufuli dipilih semula untuk penggal kedua pada tahun 2020. Sebelum memegang jawatan sebagai naib presiden, beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk kawasan Makunduchi dari tahun 2010 hingga 2015, dan juga menjadi Menteri Ehwal Kesatuan Pejabat Naib Presiden dari tahun 2010 hingga 2015.Sebelum ini, beliau bertugas sebagai menteri di wilayah autonomi separa Zanzibar semasa pemerintahan Presiden Amani Karume. Pada tahun 2014, beliau terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Perhimpunan Pengundi ditugaskan untuk merangka perlembagaan baru negara itu.