Sampukan

Dalam sains komputer, sampukan ("dari perkataan menyampuk / mencelah)[1] adalah isyarat tak-sinkroni daripada perkakasan atau perisian yang menandakan suatu tindakan perlu diambil. Sampukan perkakasan menyebabkan pemproses menyimpan keadaan perlaksanaannya menerusi suis konteks dan memulakan perlaksanaan bagi pengelolaan sampukan. Sampukan perisian biasanya dilaksanakan sebagai suruhan dalam set suruhan yang menyebabkan suis konteks (context switch) melaksanakannya. Pengendalian sampukan sama seperti sampukan perkakasan. Sampukan secara umumnya merupakan satu teknik untuk berbilang-tugas komputer terutamanya dalam pengkomputeran masa nyata. Sistem seperti ini dikatakan pacuan sampukan.Tindakan menyampuk dirujuk sebagai permintaan sampukan.