Karier Samuel_(penyanyi)

2012–2013: Pra-debut

Samuel membuat penampilan pertamanya kepada orang awam pada usia sebelas tahun, ketika itu ia muncul dalam siri siaran langsung Seventeen TV sebagai pelatih di bawah Pledis Entertainment.[4][5] Pada 2013, dia meninggalkan agensi.[6]

2015–2016: 1Punch dan berkolaborasi dengan Silentó

Pada tahun 2015, Samuel memulakan kerjayanya sebagai sebahagian daripada duo hip-hop yang dinamakan 1Punch (dengan rapper one) di bawah kerjasama antara Brave Entertainment dan D-Business Entertainment, mengambil 'Punch' sebagai nama pentasnya. Mereka debut pada 23 Januari dengan mengeluarkan "Turn Me Back", yang merupakan single utama album mereka iaitu The Anthem.[7] Lapan bulan kemudian, 1Punch bubar kerana One telah memutuskan untuk pindah agensi ke YG Entertainment, Denan nama PUNCH, Samuel berkolaborasi dengan Silentó untuk menerbitkan single "Spotlight" pada tahun 2016,[8] yang mana mereka telah memenangi Anugerah Muzik Seoul ke-26 untuk Kolaborasi Global.[9] Dia kemudian mengikuti Silentó untuk jelajah di US.[10]

2017–sekarang: Produce 101 dan debut solo

Samuel menyertai dalam musim kedua rancangan survival popular, Produce 101 dengan namanya sendiri, mewakili Brave Entertainment. Semasa penyingkiran pertama dia menduduki tempat ke-2, tetapi tidak menjadi barisan terakhir untuk kumpulan 11 orang ahli, beliau menduduki tempat ke-18 pada undian akhir.[11] Keputusan itu membuat ramai penonton terkejut, yang mengharapkan Samuel menjadi sebahagian daripada barisan Wanna One. [12]

Samuel debut sebagai artis solo pada 2 Ogos.[13] Mini album debutnya, 'Sixteen, telah dikeluarkan pada 2 Ogos, dengan lagu bertajuk "Sixteen" yang berkolaborasi dengan rapper Changmo.[14]

Pada 16 November 2017 samuel merilis Full album pertamanya, Eye Candy dengan sepuluh lagu kesemuanya termasuk single utama "Candy".[15]

Pada bulan Desember 2017, diumumkan bahawa Samuel telah menandatangani kontrak dengan ‘Pony Canyon’ untuk promosi Jepunnya.[16][17]

Samuel dijadualkan untuk debut secara rasmi di Jepun pada 7 Februari 2018 dengan single Jepun pertamanya, "Sixteen (Japanese Ver.)".[18][19] Muzik video "Sixteen (Japanese Ver.)" Dikeluarkan pada 18 Januari.[20]

Pada Mac 2018, Samuel mengeluarkan mini album kedua, One, dengan tajuk lagu "One" yang berkolaborasi dengan ahli BTOB Jung Il-hoon.[21]

Pada April 2018, Samuel akan mengeluarkan single Jepun keduanya, "Candy (Japanese Ver.)" Pada 16 Mei.[22] Muzik video dari lagu itu dikeluarkan pada 2 Mei.

Pada 30 Mei 2018, Samuel mengeluarkan repacked album mininya One, Teenager yang berkolaborasi dengan Lee Ro Han yang menjadi runner-up untuk "School Rapper Season 2" MNet pada 30 Mei.[23]

Rujukan

WikiPedia: Samuel_(penyanyi) http://aminoapps.com/page/k-pop/4651445/samuel-aka... http://www.bravesound.com/sub/artist/biography.php... http://news20.busan.com/controller/newsController.... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2017/04/... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2017/06/... http://news.donga.com/3/07/20170710/85276638/1 http://onair.mnet.com/produce101 http://entertain.naver.com/read?oid=009&aid=000396... http://entertain.naver.com/read?oid=109&aid=000346... http://music.naver.com/promotion/specialContent.nh...