Karier Samuel_Inkoom

Kelab

Inkoom memulakan kariernya bersama Sekondi Hasaacas.[2] Pada 26 April 2009, dia berpindah dengan yuran yang tidak didedahkan[3] dari Asante Kotoko ke FC Basel dalam Liga Super Swiss[4] dengan kontrak tiga tahun.[5] Dia memnuat penampilan sulungnya untuk Basel ketika kekalahan 2–0 kepada FC St. Gallen pada 12 Julai 2009, di AFG Arena.[6] Dia merupakan ahli skuad mereka ketika kejayaan trofi berganda pada tahun 2010.[7][8]

Pada 23 Januari 2011, Inkoom berpindah ke FC Dnipro Dnipropetrovsk. Pada 30 Oktober 2011 dalam perlawanan liga menentang FC Karpaty Lviv, Inkoom menerima kad kuning selepas membuka baju ketika meninggalkan padang untuk digantikan oleh Yevhen Shakhov. Ini merupakan kad kuning kedua Inkoom dalam perlawanan dan dia menerima kad merah selepas itu menyebabkan Shakhov tidak boleh menggantikannya.[9] Walaupun begitu, pasukannya berjaya menang dengan keputusan 2–0.[10]

Pada bulan Februari 2013, Inkoom berpindah ke Bastia untuk baki musim 2013-14.[11] Pada musim berikutnya, Inkoom berpindah sekali lagi kali ini secara pinjaman enam bulan ke Platanias pada bulan Januari 2014.[12]

Pada bulan September 2014, Inkoom menyertai D.C. United secara perpindahan percuma. Terma peribadi tidak didedahkan.[13]

Pada 8 Disember 2014, Inkoom diniagakan kepada Houston Dynamo bersama-sama Joe Willis, dalam pertukaran untuk Andrew Driver dan pemilihan pusingan keempat MLS SuperDraft 2016. Dia masih belum menandatangani kontrak dengan kelab itu.[14]

Pada 11 Jun 2015, Inkoom menyertai Boavista dengan perjanjian tiga tahun.[15]

Rujukan

WikiPedia: Samuel_Inkoom http://www.blick.ch/sport/fussball/international/f... http://www.fcb.ch/news/show/byItemID/-/10044/22112 http://www.fcb.ch/news/show/byItemID//10044/22517/... http://www.fcb.ch/news/show/byItemID/de-de/-/24184... http://www.fcb.ch/news/show/byItemID/de-de/-/24248... http://en.afrik.com/article14912.html http://www.dcunited.com/news/2014/09/dc-united-sig... http://www.fifadata.com/document/fwc/2014/pdf/fwc_... http://soccernet.espn.go.com/columns/story/_/id/97... http://www.goal.com/en-gh/news/4389/ghana/2013/02/...