Sejarah Samut_Sakhon

Nama tertua kawasan ini ialah "Tha Chin". Perkataan ini mungkin membayangkan bahawa kawasan ini merupakan sebuah pelabuhan perdagangan di mana terdapat banyak jong yang singgah.

Kota Sakhon Buri diasaskan pada tahun 1548, dan kemudian dinamakan semula pada tahun 1704 sebagai "Mahachai" sempena khlong Mahachai yang digali dan disambungkan dengan Sungai Thai Chin dekat kota itu. Kota ini kemudian dinamakan semula oleh Raja Mongkut menjadi nama sekarang, tetapi nama Mahachai masih kekadang digunakan oleh orang-orang tempatan.