Sandra_Bullock
Sandra_Bullock

Sandra_Bullock

Sandra Annette Bullock (lahir 26 Julai 1964) adalah seorang pelakon Amerika Syarikat yang mula terkenal pada 1990-an. Antara filem yang menaikkan namanya termasuklah Speed, While You Were Sleeping, Miss Congeniality dan Crash. Menerusi filem The Blind Side beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik Oscar pada Anugerah Akademi 2010.Pada 2010, Sandra Bullock menjadi pelakon paling mahal kerana dibayar RM180 juta. Majalah Forbes melaporkan dia meraih AS$56 juta (RM180 juta) antara Jun 2009 hingga Jun 2010. Ini termasuklah sumber pendapatan daripada filem, faedah box office dan wang diperoleh daripada minyak wangi, jenama pakaian dan pelbagai jenama lain di mana beliau menjadi dutanya.[1]

Sandra_Bullock

Pekerjaan Pelakon, penerbit
Pasangan Jesse G. James
(2005–2010) (cerai)
Tahun aktif 1985–kini
Kelahiran Sandra Annette Bullock
(1964-07-26) 26 Julai 1964 (umur 55)
Arlington, Virginia, A.S.