Sangkar_Faraday
Sangkar_Faraday

Sangkar_Faraday

Sangkar Faraday atau perisai Faraday adalah ruang bertutup yang dibentuk daripada bahan pengalir, ataupun daripada jaringan bahan sedemikian. Ruang bertutup ini menyekat medan elektrik statik luaran. Sangkar Faraday dinamakan sempena ahli fizik Michael Faraday, yang membinanya pada tahun 1836.[perlu rujukan]Medan elektrik statik luaran boleh menyebabkan cas elektrik di dalam bahan pengalir untuk beredar sesama sendiri untuk membatalkan kesan medan di dalam ruangan sangkar. Kesan ini digunakan, misalnya, untuk melindungi peralatan elektronik daripada sambaran kilat atau nyahcas elektrik yang lain.Pada darjah yang lebih besar, sangkar Faraday juga melindungi bahagian dalaman daripada radiasi elektromagnetik luaran jika bahan pengalir cukup tebal dan lubang yang terdapat juga lebih kecil daripada panjang gelombang radiasi. Contohnya, sesetengah prosedur ujian forensik komputer atau sistem yang memerlukan persekitaran bebas gangguan elektromagnetik akan dijalankan di dalam bilik layar. Bilik layar ini merupakan makmal atau ruang kerja yang ditutup sepenuhnya oleh satu atau lebih lapisan jaringan logam halus. Lapisan-lapisan ini disambungkan ke bumi bagi menyingkirkan arus elektrik yang dijana oleh medan elektromagnetik luaran, maka ia menghalang sebahagian besar gangguan elektromagnet. Penggunaan sangkar Faraday diterangkan di bawah topik perlindungan elektromagnetik.