Sejarah Sangkar_Faraday

Pada tahun 1836 Michael Faraday mendapati bahawa cas elektrik pada pengalir bercas bertempat hanya di bahagian luarannya dan tidak mempengaruhi apa-apa kandungan yang ditutup di dalamnya. Untuk menunjukkan demonstrasi fakta ini, beliau membina sebuah bilik bersalut logam serta membenarkan nyahcas voltan tinggi dari penjana elektrik statik untuk menyambar bahagian luaran bilik itu. Beliau menggunakan elektroskop untuk menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang cas elektrik pada bahagian dalam dinding bilik itu.

Kesan yang sama juga ditemui lebih awal oleh Francesco Beccaria (1716–1781) dari Universiti Turin, anak murid Benjamin Franklin, yang menyatakan bahawa "semua tenaga elektrik pergi atas ke permukaan bebas badan tanpa mengganggu bahan di dalamnya." Lama kemudian, ahli fizik Belgium, Louis Melsens (1814–1886) menggunakan prinsip tersebut kepada pengalir kilat. Seorang lagi pengkaji konsep ini ialah Gauss (Permukaan Gauss).