Sumber Sankaracharya

Sebarang percubaan untuk melakar riwayat Śaṇkara,menghadapi dua cabaran. Pertama, fakta-fakta yang tidak mencukupi. Kedua, biografitradisionalnya penuh dengan pelbagai perkara ajaib yang sukar dipercayai ataudijelaskan secara rasional. [1]

Hampir ke semua biografi Śaṇkara bersetuju bahawa beliauhidup hanya selama 32 tahun. Namun, mengenai tarikh lahirnya, wujud beberapapercanggahan. Menurut satu pendapat, beliau lahir pada tahun 788 Masihi dansesetengah pendapat lain pula menerima tahun 684 Masihi.[2]

Setakat ini, hampir 21 biografi tradisional Śaṇkara telahdikenalpasti. Dalam kalangan biografi ini, ŚaṇkaraVijaya oleh Anandagiri danŚaṇkara Digvijaya oleh Mādhava-Vidyāraṇya dianggap sebagai yang paling sah danditerima ramai.[3]