Penyanjungan Santo_Georgios

Tokoh ini sangat disanjungi baik dalam mazhab-mazhab gereja Barat dan Timur sehingga dinampakkan di seluruh dunia.[12] Nama beliau turut dijadikan nama orang dan tempat terkenal baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Beliau paling utamanya dijadikan santo penaung negeri England. Suatu bendera yang menggambarkannya iaitu "Salib Santo George" (Saint George's Cross) - sebuah salib merah atas latar putih - dijadikan bendera kebangsaan negeri itu, malah dimasukkan dalam bendera Union Flag yang dipakai United Kingdom serta kawasan yang dijajah atau dinaunginya seperti Australia dan New Zealand. Tokoh ini turut dijadikan santo penaung kerabat diraja British sejak abad ke-14.[13]

Tokoh ini turut dijadikan santo penaung Habsyah,[14] lebih-lebih lagi sebagai tokoh utama dalam Gereja Ortodoks Habsyi yang digambarkan pada gereja-gereja sana. [15]

Negara Georgia yang terletak di selatan Caucasus, Asia Tengah turut menyanjungi beliau: sebanyak 365 buah gereja dinamakan sempena tokoh ini di negara tersebut, bukan sahaja sebagai mewakili bilangan setiap hari dalam setahun malah memperingati keadaan mayat Georgios yang mati dikerat-kerat kepada bahagian sebilangan demikian setelah tewas dalam suatu peperangan, dan setiap bahagian tersebut ditabur di serata Georgia..[16][17][18] Walau bagaimanapun, nama negara tersebut tidaklah sempena orang ini - nama negara ini dalam bahasa masyarakat setempat ia adalah Sakartvelo. (საქართველო), manakala nama ia dalam bahasa Inggeris dinamakan daripada perkataan Gurj, yang berakar daripada bahasa bahasa Parsi gurj/gurjān yang bermaksud "serigala".[19][20]

Galeri

Rujukan

WikiPedia: Santo_Georgios http://www.lib.rochester.edu/camelot/teams/whgeodi... http://www.christianiconography.info http://www.christianiconography.info/george.html http://www.christianiconography.info/goldenLegend/... http://www.orthodoxmilitary.org/ https://books.google.com/books?id=ABkgU0GOBbcC&pg=... https://books.google.com/books?id=Z95VDwAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=lNAWAgAAQBAJ&pg=... https://archive.org/stream/actasanctorum12unse#pag... https://web.archive.org/web/20050320173756/http://...