Santos_FC

Santos Futebol Clube atau lebih dikenali sebagai Santos FC merupakan sebuah kelab bola sepak Brazil yang berpangkalan di Santos, São Paulo. Mereka bertanding di liga tempatan Brazil iaitu Campeonato Brasileiro. Ia juga terkenal dengan penampilan Pelé sebagai pemain utama pada tahun 1956 hingga 1974. Santos merupakan salah satu kelab yang terkemuka di Brazil.