Politik Sapawi_Ahmad

Karier politik beliau bermula pada 1991 apabila dia dilantik sebagai Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Sabah dan menyertai UMNO sebaik parti itu berjaya masuk ke negeri di bawah bayu itu. Beliau menjadi Pengarah pertama. Ketika itu kerajaan negeri Sabah tidak ditadbir oleh BN yang ketika itu jadi pembangkang. Ketua Menteri Sabah dari Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu Datuk Sri Joseph Pairin Kitingan. Pada peringkat awal, BTN Sabah tidak mempunyai pejabat tetap , hanya ada pejabat sementara. Namun beliau gigih berusaha melatih 20 bahagian, pemuda dan wanita serta cawangan, belia, pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan.

Dari pengalaman itu, beliau , berjaya menyelami pemikiran politik di peringkat bahagian, cawangan, pemuda dan wanita - aspirasi, pendekatan dan juga perhubungan denganĀ  semua pemimpin politik .