Sarang_Hamburg
Sarang_Hamburg

Sarang_Hamburg

Menurut agensi-agensi perisikan Amerika Syarikat dan Jerman, "Sarang Hamburg" ialah sekumpulan Islamis pelampau yang berpangkalan di Hamburg, Jerman yang terdiri daripada para pelajar universiti yang lama-kelamaan menjadi pelaksana utama serangan 11 September 2001. Antara ahli-ahlinya ialah Mohamed Atta yang mengetuai empat pasukan perampas dan merampas Penerbangan 11 American Airlines; Ramzi bin al-Shibh yang bersekongkol dengan tiga lagi ahli tetapi tidak dapat memasuki AS; dan Marwan al-Shehhi yang merampas Penerbangan 175 United Airlines.