Marwan Yousef Mohamed Rashid Lekrab al-Shehhi (
Bahasa Arab: مروان يوسف محمد رشيد لكراب الشحي, Marwān Yūsuf Muḥammad Rashīd Lekrāb ash-Sheḥḥī, juga di
alih huruf sebagai
Alshehhi[1]) (9 Mei 1978 –11 September 2001) merupakan juruterbang perampas
Penerbangan 175 United Airlines, yang menghempaskan
kapal terbangnya ke dalam Menara Selatan
World Trade Center dalam
serangan 11 September 2001.Shehhi ialah seorang mahasiswa dari
Emiriah Arab Bersatu yang berpindah ke
Jerman pada tahun 1996 lalu berkawan akrab dengan
Mohamed Atta,
Ziad Jarrah dan
Ramzi bin al-Shibh, dan menubuhkan
sarang Hamburg. Setelah berikrar untuk syahid, mereka berempat menjadi dalang serangan 11 September.Pada akhir tahun 1999, Shehhi, Atta, Jarrah, dan bin al-Shibh pergi ke kem latihan pengganas di
Afghanistan dan bertemu dengan
Osama bin Laden yang merekrut mereka berempat untuk serangan ke atas Amerika Syarikat. Shehhi tiba di
Amerika Syarikat pada Mei 2000, diikuti oleh Atta sebulan kemudian. Mereka berdua berlatih di
Huffman Aviation di
Florida, dan menerima lesen juruterbang komersil pada Disember 2000 daripada
FAA.Shehhi menghabiskan sepanjang tahun 2001 dengan membuat persiapan untuk serangan itu, seperti berjumpa dengan para perancang 9/11 yang terpenting, memudahkan ketibaan para perampas yang menaiki penerbangan lain, dan menaiki pesawat pemantau untuk merancang perampasan secara teliti.Pada 9 September 2001, Shehhi terbang dari Florida ke
Boston, lalu berdiam di Milner Hotel sehingga 11 September. Sebaik sahaja menaiki
United 175, Shehhi dan empat lagi perampas menunggu 30 minit selepas berlepas untuk membuat serangan, kemudian Shehhi dapat merampas kawalan juruterbang. Maka pada 9:03 pagi, 17 minit selepas Mohamed Atta menghempaskan
American 11 ke dalam Menara Utara, Shehhi yang berusia hanya 23 tahun menghempaskan pesawat
Boeing 767 itu ke dalam Menara Selatan World Trade Center.
[2] Beliau merupakan juruterbang perampas yang termuda dalam serangan berkenaan. Detik hempasan Boeing 767 sebagai United 175 ke dalam Menara Selatan terpancar secara langsung di televisyen seluruh dunia.