World_Trade_Center
World_Trade_Center

World_Trade_Center

World Trade Center (Bahasa Inggeris untuk Pusat Dagangan Dunia) merupakan sebuah kompleks yang terdiri daripada tujuh buah bangunan termasuk menara berkembar pencakar langit setinggi 110 tingkat di bandar raya New York, Amerika Syarikat. Pusat milik Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey ini telah musnah akibat serangan pengganas pada 11 September 2001. Kompleks ini meliputi sebuah kawasan pejabat seluas 13.4 juta kaki persegi, iaitu hampir empat peratus ruang pejabat di seluruh lower Manhattan. Ia juga terletak berhampiran dengan New York Stock Exchange. Pada Februari 1993, suatu bom telah diletupkan oleh pengganas tetapi ia hanya merosakkan sebahagian kecil bangunan diaras bawah. Namun serangan nekad pengganas pada 2001 telah menghancurkan bangunan tersebut. Selama beberapa dekad, bangunan ini telah menjadi mercutanda AS terutamanya bandar raya New York. Malah, sewaktu pembukaannya ia telah mengambilalih tempat Bangunan Empire State sebagai bangunan tertinggi di dunia. Selain itu, kompleks ini telah mencetuskan minat terhadap pembinaan Pusat Dagangan Dunia diseluruh dunia.