Pembinaan Sarang_lebah

Gambaran pembinaan sarang lebah secara berperingkat. Sel-sel sarang yang siap dibina akan dipenuhi dengan madu sebelum ditutup dengan lilin.

Lebah yang hidup semulajadi sering berkerumun di rongga-rongga yang ada di persekitaran seperti gua, celah di bebatuan dan pohon sebagai tempat untuk membuat sarang. Beberapa membuat sarang yang cenderung terbuka dan lebih terpapar udara. Lebah umumnya membersihkan kulit kayu di sekitar pintu masuk sarang lebah dan melapisinya dengan bahan pelikat sama ada yang terkumpul daripada rembesan tumbuhan mahupun yang dihasilkan sendiri.[1]

Lebah menggunakan sesungut, mandibula dan kaki mereka untuk melenturkan lilin yang dipanaskan[2] menggunakan suhu badan lebah yang terkawal.[3] Suhu lilin diatur dalam julat sekitar 33.6 dan 37.6°C cukup-cukup di bawah takat leburnya iaitu 40°C.